Sunday 10 June 2012

YDPA , YDP & SULTAN


Yang DI PERTUAN AGONG
·         YDPA adalah ketua negara Malaysia.
·         YDPA pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
·         YDPA mengurus negara dengan berpandukan bidangkuasa yang diberikan oleh undang-undang dan Perlembagaan.
·         YDPA merupakan symbol perpaduan dan keadilan undang-undang.
·         Jawatan YDPA adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara undian/giliran.
·         YDPA yang dilantik akan mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen sumpah jawatan.
·         Raja yang dipilih menjadi YDPA oleh MRR akan diisytiharkan di Dewan Parlimen oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja.
·         YDPA dipilih oleh 9 raja Melayu.
·         YDP bagi P. Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh dipilih menjadi YDPA.
·         YDPA memerintah selama 5 tahun

GILIRAN MENJADI YDPA DIBATALKAN
·         Tidak cukup umur.
·         Tidak mahu.
·         Tidak waras.
·         Uzur.

KUASA DAN TUGAS YDPA
Melantik:
·         Senator untuk Dewan Negara (seorang senator bagi Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, 2orang senator bagi Kuala Lumpur, dan 40 orang senator bagi seluruh Malaysia) atas nasihat Perdana Menteri.
·         Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara yang dipilih oleh dewan masing-masing.
·         Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara, dan Ketua Pentadbir Parlimen atas nasihat Perdana Menteri.
·         Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Negara atas nasihat Perdana Menteri.
·         Ketua Audit Negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan MRR.
·         Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinngi atas nasihat PM selepas berunding dengan MRR.
·         Hakim Mahkamah Sesyen atas nasihat Hakim Besar.
·         PM, Menteri-menteri, dan Timbalan Menteri.
·         Yang di-Pertan Negeri atas nasihat PM selepas berunding dengan Ketua-ketua Menteri berkenaan.
·         Pengerusi dan anggota-anggota suruhanjaya atas nasihat PM selepas berunding dengan MRR.

Kuasa Pengampunan
Ø  Boleh mengampun orang yang disabitkan kesalahan dengan kesalahan yang di bicarakan di:
·  Mahkamah Syariah (bagi negeri baginda, negeri-negeri yang tidak beraja, dan Wilayah-wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya)
·  Mahkamah Tentera.
·  Mahkamh awam di Wilayah-wilayah Persekutuan KL, Labuan, dan Putrajaya.

v  YDPA memperkenankan rang undang-undang/pindaan undang-undang/pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam masa 30 hari supaya undang-undang tersebut dapat berkuat kuasa apabila diwartakan menjadi warta kerajaan.
v  YDPA memberikan Titah Ucapan Diraja dalam parlimen untuk merasmikan persidangan pertama setiap penggal persidangan Parlimen.
v  YDPA boleh mengisytiharkan Undang-undang Darurat atas nasihat PM.
v  YDPA menganugerahkan gelaran dan pingat kebesaran.
v  YDPA bertanggungjawab untuk memelihara hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
v  YDPA bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan sah kaum-kaum di Malaysia.

Kuasa Budi Bicara YDPA
·         Melantik PM.
·         Boleh tidak menyetujui atau menolak permintaan PM untuk membubarkan Parlimen.
·         Boleh membuat permintaan supaya suatu mesyuarat MRR diadakan semata-mata untuk membincangkan hal yang berkaitan dengan keistimewaan kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja dan mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat itu.

Sekatan Terhadap Kuasa YDPA.
·         Tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri baginda kecuali
Ø  Sebagai ketua agama Islam.
Ø  Meminda perlembagaan negeri.
Ø  Melantik seorang Pemangku Raja.
·  Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai saraan.
·  Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif apa-apa syarikat perniagaan atau parti politik.
·  Tidak boleh menerima apa-apa jenis pendapatan yang kena dibayar kepada baginda sebagai raja negeri baginda.
·  Tidak boleh, tanpa persetujuan MRR, meninggalakn Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas sebab lawatan rasmi.
·  Boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja dalam kes sivil dan kes jenayah atas sifat peribadi baginda.
·  Tidak boleh mengampuni diri sendiri, permaisuri baginda, dan anak-anak baginda.
Peletakan Jawatan YDPA
·         Boleh meletak jawatan pada bila-bila masa.
·         Hendaklah mengutus surat peletakan jawatan yang ditandatangani oleh baginda kepada MRR.
·         Tidak perlu diberitahu kepada Parlimen kerana tidak perlu mendapat persetujuan Parlimen.
Pemecatan YDPA
·         Hanya boleh dipecat jawatannya oleh MRR.
·         MRR boleh memecat baginda pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab.
·         Pemecatannya tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokonagn lima orang daripada Sembilan anggota MRR.








Ketua negeri
·  Sultan ialah Ketua Negeri bagi negari Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak, dan Kedah.
·  Raja ialan ketua negeri bagi Perlis.
·  Yang di-Pertan Besar ialah ketua negeri bagi Negeri Sembilan.
·  Yang di-Pertuan Negeri ialah ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak kerana negeri itu tidak beraja.
Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar
·  Dipilih melalui Perlembagaan Negeri atau berdasarkan perwarisan takhta kerajaan.
·  Saraan baginda ditanggung oleh Kumpulan Wang Negeri yang Disatukan.
·  Merupakan Ketua Agama Islam di negeri baginda.
·  Baginda ialah komponen badan perundangan negeri tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.
·  Baginda bertindak atas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri dalam memerintah negeri.
Kuasa Budi Bicara
·  Melantik Menteri Besar.
·  Tidak menyetujui permintaan untuk membubarkan Dewan Udangan Negeri.
·  Membuat permintaan supaya diadakan Mesyuarat MRR semata-mata membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja atu amalan, perbuatan, atau upacara agama Islam.
·  Apa-apa tugas sebagai Ketua Agama Islam atau tentang adat istiadat Melayu.
·  Melantik waris, permaisuri, Pemangku Raja, atau jemaah Pemangku Raja.
·  Menganugerahkan bintang-bintang kehormatan, pangkat, dan gelaran kemuliaan atau kebesaran kepada orang-orang yang berjasa.
·  Membuat peraturan-peraturan tentang balai-balai diraja dan istana.
Tugas-tugas
·  Baginda melantik Menteri Besar yang semestinya berbangsa Melayu dan beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majority kerusi Dewan Undangan Negeri.
·  Baginda melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ahli exco) atas nasihat Menteri Besar.
·  Baginda menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Negeri mengikut nasihat Majlis Agama Islam Negeri.
·  Baginda merasmikan persidangan pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberikan Titah Ucapan Diraja.
·  Baginda memanggil dan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri.
·  Baginda memperkenankan rang undang-undang, pindaan undang-undang, atau pindaan Perlembagaan Negeri yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dalam masa 30 hari.
·  Baginda melantik majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya.
·  Baginda melantik Mufti dan Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri.
·  Baginda melantik anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri atas nasihat Menteri Besar.
·  Baginda mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah syariah dan mahkamah awam di negeri baginda.
·  Baginda berkuasa untuk mengampuni anak raja dan permaisuri negeri lain.
Sekatan Terhadap Kuasa
·  Baginda tidak boleh mengampuni diri sendiri, permaisuri sendiri dan anak-anak sendiri.
·  Baginda boleh didakwa di Mahkamah Khas (Raja-raja) atas sifat peribadi dalam kes jenayah dan kes sivil.
1.     Untuk kes jenayah, apabila dakwaan di buat oleh Jabatan Peguam Negara, baginda perlu dari takhta kerajaan ketika perbicaraan berlangsung.
2.    Sekiranya baginda dijatuhi hukuman penjara sehari atau lebih, baginda mesti turun dari takhta kerajaan.
3.    Jika baginda disabitkan dengan kesalahan jenayah, baginda hanya boleh diampuni oleh MRR.
·  Baginda tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan.
·  Baginda tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam perniagaan dan politik.






Yang di-pertuan negeri
·         Di lantik oleh YDPA selepas berunding dengan Ketua Negeri.
·         Mestilah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang.
·         Tempoh jawatan YDPN ialah empat tahun tetapi beliau boleh dilantik semula.
·         Saran YDPN ditanggung oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan.
·         YDPN ialah komponen badan perundangan negeri tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.
·         Bertindak atas nasihat Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam memerintah negeri.
·  Boleh bertindak mengikut budi bicara beliau dalam menjalankan tugas-tugas berikut
Ø      Melantik Ketua Menteri.
Ø  Tidak menyetujui permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Ø  Menganugerahkan bintang-bintang kehormat, pangkat, dan gelaran mengutus kemuliaan atau kebesaran kepada rakyat yang berjasa.
·  Baginda boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatanganinya kepada YDPA.
·  YDPN boleh dipecat oleh YDPA setelah resolusi pemecatannya diluluskan oleh majority 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri.
Tugas-Tugas YDPN
·  Melantik Ketua Menteri yang tidak semestinya berbangsa Melayu dan beragama Islam mengikut keputusan pilihan raya Dewan Undangan negeri.
·  Melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat Ketua Menteri.
·  Merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri.
·  Menyetujui rang undang-undang, pindaan undang-undang, atau pindaan Perlembagaan Negeri yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan dalam masa 30hari.
·  Melantik majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya atau Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
·  Melantik Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri.
·  Mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah awam dinegeri beliau mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.
Sekatan Terhadap Kuasa YDPN
·  Tidak boleh mengundi dalam MRR.
·  Boleh didakwa di mahkamah awam atas sifat peribadi dan rasminya.
·  Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan.
·  Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam perniagaan dan politik.

Saturday 21 April 2012

Tenaga Hidroelektrik


Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun.  Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran deras.  Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak.  Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.
 Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik.  Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit.  Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas.  Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.
Tenaga hidroelektrik  juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara.  Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai.  Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak.  Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.
Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara membangun kerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang tahun.  Hal ini membolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa.  Tenaga hidroelektrik sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun.  Selain itu, negara-negara membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk membina empangan hidroelektrik.  Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara tersebut.  India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga hidroelektrik.
 Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan.  Oleh sebab itu, negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara membangun yang masih belum begitu kukuh.  Sebaliknya, penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

Sunday 15 April 2012

KOLOKIUM



SEK .MEN .KEB KAMUNTING
 



                                TAJUK :
KERJAYA  PELAJAR TINGAKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN  
                                 STPM..
                                           

NAMA AHLI :
MUHAMAD AZHAM BIN NOOR AZMI
NORSOBAH BT SHUIB
NOR FAATIHAH BT ABDUL RAHIM
NUR INSYIRAH BT JAAAFAR

NAMA GURU PENYELIA : MISS SUZANNE MARIE LOUIS A/P
                               MASALAMANY
penghargaan
 
PENGHARGAAN

     Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana telah mengurniakan kami kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan tugasan kolokium sessi 2012 kali ini .
    Di samping itu juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua Kanan Smk Kamunting iaitu Tn Hj Harithuddin b. Satari kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian di luar waktu persekolahan .
   Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penyelia kami iaitu Miss Suzanne Marie a/p Louis Masalamany yang sentiasa membantu ,memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat dalam menyempurnakan kajian ini .
   Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak membantu ,tidak kira dari segi sokongan moral mahupun sumber kewangan yang diberikan .Tambahan lagi sentiasa memberi tindak balas dalam setiap perkara yang kami lakukan .
   Selain itu juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada guru kauseling Smk Kamunting iaitu Cik Masyitah b. Khaled yang sudi membantu kami untuk melengkapkan kajian malahan memberi sokongan dan dorongan untuk meneruskan kajian baru kami
    Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada rakan -rakan yang sudi menjadi pihak respoden kami dalam menyempurkan kajian metadologi ini .Selain itu kami berterima kasih kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak tentang maklumat kajian kami.



Terima kasih daun keladi
Kalau boleh bimbing kami lagi
 

SENARAI KANDUNGAN
BIL
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
1
Senarai kandungan
m/s  1
2
Penghargaan
m/s  2
3
Pengenalan
1.1  Pendahuluan 
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 tujuan Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Definisi Operasional
1.8 Rumusan



m/s
4
Kajian lepas
2.1  Pendahuluan
2.2 Kerjaya dan isu -isu yang berkaitan
2.3 Kajian lepas mengenai kerjaya
2.4 Rumusan



m/s
5
Metadologi
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka bentuk kajian
         3.2.1 Tinjauan Awal
         3.2.2 Penyelidikan sebenar
3.3 Populasi dan Persampelan
3.4 skop dan  had kajian
3.5 instrument penyelidikan
3.6 Prosedur Pengumpulan Data
3.7 Penganalisian data
3.8 Rumusan

m/s
6
Penganalisian data & keputusan data
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.3 Analisis statistik
4.4 Rumusan
m/s
7
Perbicangan & cadangan
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan hasil penyelidikan
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan
5.5 Rumusan
m/s
8
Bibiliografi
6.1 Buku 
6.2 Majalah
6.3 Internet
m/s
9
Lampiran
m/s  




PENGENALAN



BAB -1
                                                            BAB 1
                                                   PENGENALAN

            1.1 PENDAHULUAN

            Kerjaya merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan sebagai seorang mansia ,mereka akan merasakan kepuasan dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada dirinya, orang lain, dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1989).
  
             Walaubagaimanapun pelajar lepasan SPTM haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kerjaya setelah menamatkan zaman pesekolahan. Tambahan lagi kesedaran kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan antara kendiri dengan pendidikan, mengenali kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu pilihan. Oleh itu, kesedaran kerjaya merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan pelbagai aspek dunia pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan.
  

         Dalam menentukan pemilihan terbaik sama ada pilihan dari segi pelajaran mahupun  pekerjaan ialah suatu proses yang berkembang bertahun-tahun lamanya.Diman tidak terdapat satu titik atau tanda yang menentukan kerjaya seseorang. Terdapat banyak halangan yang tertentu boleh menimbulkan paksaan terhadap bidang pilihan pada masa hadapan dan mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan. Kekeliruan tentang pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah kepada pemilihan kerjaya.

     Khususnya pelajar tingkatan 6 yang telah  menamatkan pelajarannya sering kali menghadapi
masalah dalam membuat pemilihan kerjaya masa hadapan.Antara masalah yang sering dihadapi oleh mereka ialah tidak dapat membuat keputusan yang tepat dalam membuat pemilihan kerjaya pada masa hadapan , kurangnya maklumat tentang kerjaya yang dipilih sehingga menimbulkan keraguan pada diri sendiri malahan tiada kepastian tentang kerjaya yang dipilih, selain tekanan atau paksaan daripada ibubapa yang menginginkan anak mereka menuruti kehendak mereka .

             Tambahan lagi, sikap ingin memiliki wang sendiri menyebabkan pelajar tingkatan 6 akan mencari pekerjaan setelah menamatkan persekolahan.Pekerjaan yang diceburi bergantung kepada jenis pendidikan, jenis latihan, dan tahap pencapaian yang diperoleh semasa di sekolah. Terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat keputusan jenis pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya yang dipilih.

     Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan kerjaya pelajar tingkatan6 selepas menamatkan pelajaran mereka di peringkat STPM .Selain itu juga ,pencapaian pelajar dalam bidang akademik juga dilihat untuk melihat hubunganya dalam pemilihan pekerjaan, dengan itu,kajian ini dapat dijadikan sebagai peramal dalam menentukan hala tuju pelajar tingkatan6selepas menamatkan pelajaran mereka.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

                    Kebanyakan pelajar mempunyai masalah apabila mereka menamatkan pelajaran mereka.sehingga mereka suka untuk menentukan kerjaya mereka.Mereka sangat mengambil berat tentang kerjaya yang akan diceburi oleh mereka malah diperingkat STPM ini turut menjadi platform mereka dalam pembuatan keputusan awal tentang matlamat kerjaya mereka.

    Pencapaian dalam bidang akademik seseorang dianggap sebagai kunci atau faktor utama bagi
menentukan rancangan kerjaya individu sepertimana yang dikehandaki oleh pendidikan tinggi. Walaupun demikian, keupayaan serta kemampuan asas dalam akademik individu juga merupakan penentu utama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1993).

    Oleh itu, pemilihan kerjaya pelajar tingkatan 6 perlulah diketahui supaya pemilihan kerjaya mereka sesuai  dan dapat mengurangkan masalah yang akan bakal timbul. Hal ini pasti akan membuka minda mereka untuk merancang kerjaya yang bakal mereka tempuhi apabila tamat persekolahan.

1.3 PENYATAAN MASALAH

                Namun Demikian masih terdapat para pelajar yang  kurang berpengetahuan tentang kerjayanya apabila persekolahan berakhir sakaligus menyebabkan pemilihan kerjaya mereka tidak sesuai dengan diri mereka. Selain itu terdapat juga remaja yang memilih pekerjaan tidak sesuai dengan mereka. Hal ini akan mendatangkan pelbagai implikasi yang negatif seperti tekanan kerja, kebosanan, dan sering bertukartukar pekerjaan. Keadaan ini sudah tentu akan membawa kesan kepada keadaan ekonomi remaja dan keluarga.

      Pencapaian dalam bidang akademik pelajar juga mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar.
Dimana pembahagian kelas yang menjurus kepada pencapaian akademik tanpa mengambil kira
faktor minat dan personaliti boleh mendatangkan tekanan kepada mereka. Inovasi sistem pendidikan negara untuk mencapai nisbah 60:40 bilangan pelajar sains berbanding pelajar sastera juga merupakan salah satu sebab pelajar terpaksa belajar di aliran sains walaupun pencapaian akademik mereka sederhana. Hal ini juga akan mendatangkan masalah kepada pemilihan kerjaya apabila pencapaian akademik mereka kurang memuaskan.

      Pencapaian akademik pelajar juga dikaitkan dengan jenis-jenis gaya belajar yang
diamalkan oleh setiap pelajar. Gaya belajar yang sesuai untuk pelajar perlu diketahui supaya dapat membantu mereka untuk mencapai kejayaan. Kurangnya kesedaran pelajar, ibu bapa, dan guru-guru menyebabkan mereka tidak dapat merancang pembelajaran secara sistematik.

       Oleh itu, guru dapat mengkaji kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka. Jika ketidak -sepadanan wujud antara gaya pengajaran dan gaya pembelajaran, pelajar-pelajar akan berasa bosan dan menjadi pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, fenomena negatif ini perlu diberikan pendedahan kepada guru-guru di sekolah supaya pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan tidak tercicir daripada persekolahan (Shahabuddin Hashim, 2003).

1.4  TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

  1. Untuk mengetahui ciri-ciri personaliti yang utama dimiliki oleh pelajar semasa
proses pemilihan kerjaya.

  1. Untuk mengetahui jenis-jenis kerjaya yang dipilih oleh pelajar-pelajar.

  1. Untuk mengetahui ciri-ciri personaliti pelajar dalam proses pemilihan kerjaya?

  1. Untuk melihat hubungan ciri-ciri personaliti dan gaya belajar dengan pemilihan kerjaya.

  1. untuk mengetahui sejauhmanakah jantina pelajar yang dapat mengpengaruhi hasil kajian
1.5  PERSOALAN KAJIAN

  1. Apakah ciri-ciri personaliti kerjaya yang dimiliki oleh pelajar tingkatan6?

  1. Apakah jenis-jenis kerjaya yang dipilih oleh pelajar?

  1. Apakah ciri-ciri personaliti pelajar dalam proses pemilihan kerjaya?

4.       Sejauhmanakah jantina (perempuan atau lelaki ) mengpengaruhi keputusan kajian yang dijalankan.?

5.       Adakah perempuan atau lelaki yang lebih mengpengaruhi kepada faktor ibu bapa dan     peribadi & minat dalam menentukan kerjaya?

1.6     KEPENTINGAN KAJIAN

                 Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan yang boleh
menghubungkan jenis-jenis personaliti pelajar dengan pemilihan kerjaya mereka.Panduan ini boleh digunakan untuk menentukan minat pekerjaan pelajar sejak awal persekolahan. Oleh yang demikian, pihak sekolah dapat merancang lebih awal tentang pemilihan kelas berdasarkan personaliti pelajar dan gaya belajar untuk tujuan perancangan awal pemilihan kerjaya setelah tamat persekolahan.

           Melalui kajian ini juga dapat membantu pelajar lepasan tingkatan 6 mengetahui sama ada faktor pesonaliti atau gaya pembelajaran mempunyai kaitan dalam pemilihan kerjaya mereka selepas menamatkan pembelajaran di tingkatan6.

         Selain itu para guru juga dapat mengetahui jenis-jenis personaliti pelajar dan kaitannya dengan pemilihan kerjaya pelajar. Manakala gaya pembelajaran pula sangat penting kepada guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian akademik yang seterusnya memerlukan pelajar-pelajar mengetahui jenis-jenis gaya pembelajaran yang mereka amalkan untuk memperolehi kecemerlangan.

         Kajian ini juga berguna kepada pihak kauselor sekolah kerana dapat menentukan
ciri-ciri pesonaliti pelajar dan kaitannya dengan pemilihan kerjaya.oleh itu,kesedaran kerjaya pelajar dapat diterapkan lebih awal dan akan memboleh kan pelajar merancang kerjaya mereka senjak zaman persekolahan.

         Kajian ini juga boleh digunakan sebagai panduan oleh pihak kementerian pendidikan
untuk menentukan pakej-pakej penkhususan bidang atau mata-mata pelajaran tertentu di sekolah .Hal ini dilaksanakan mengikut kesesuaian personaliti pelajar dengan aliran yang sesuai dengan mereka.Secara tidak langsung boleh digunakan dalam pelajaran yang diajar dengan ciri-ciri pesonaliti dan minat pelajar yang mefokuskan kepada aspek kerjaya selepas pelajar tamat zaman persekolahan.



1.7 DEFINISI OPERASIONAL

KERJAYA
  • Kerjaya = Kerja + Minat + Kepuasan  –> untuk berjaya dalam kerjaya kita perlu buat kerja dengan ada minat yang tinggi dan sepenuh hati yang mana akhirnya kita sendiri akan puas dengan apa yang dilakukan serta hasilnya
  • Kerjaya - satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar silih berganti
Pelajar Tingkatan 6
Pelajar tingkatan6 dalam penyelidikan ini merujuk kepada pelajar lelaki & perempuan
yang akan menentukan kerjaya mereka selepas menamatkan pembelajaran di tingkatan6.

1.8 RUMUSAN

Bab 1 ini telah menjelaskan secara menyeluruh latar belakang penyelidikan.Tinjauan literatur dimuatkan di bab 2, sementara kaedah penyelidikan di bab 3. Di bab 4 pula dibentangkan hasil analisis data dan bab 5 berikutnya dikemukakan rumusan terhadap keseluruhan penyelidikan. Cadangan cadanganuntuk memperbaiki mutu penyelidikan turut dikemukakan dalam
bab tersebut.

kAjIaN LePas
BAB - 2
KAJIAN LEPAS
BAB 2
KAJIAN LEPAS / TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Kejayaan yang terjamin mampu melahirkan generasi  yang kreatif dan inovatif.Setakat ini,masih belum ada kajian khusus yang dibuat tentang kerjaya dan masa depan pelajar di Tingkatan  Enam.Kerjaya yang ditawarkan dan peluang yang luas amat penting bagi pelajar lepasan terutamanya STPM dalam menentukan hala tuju hidup lepasan Tingkatan Enam.Oleh itu,kerjaya dan peluang yang ditawarkan kepada lepasan STPM penting untuk memastikan masa depan pelajar Tingkatan Enam tidak diabaikan dan seterusnya mampu menarik minat pelajar lepasan SPM untuk memilih Tingkatan Enam sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran.
2.2 KERJAYA DAN ISU-ISU BERKAITAN
Keperluan individu untuk pendidikan pada peringkat selanjutnya merupakan satu keputusan yang berlanjutan pada setiap pendidikan di dalam system pendidikan.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ,kerjaya ialah perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan – Churchill iaitu bekas Perdana Menteri England.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga juga,kerjaya ialah profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.Kerjaya dan pelajar lepasan STPM,IPTA,IPTS dan sebagainya tidak dapat lari daripada memikirkan kerjaya dan peluang masa depan mereka untuk mendapatkan pekerjaan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Menurut Kamus Zaman (Siti Nordihan Ismail,BA.Hons ),kerjaya juga dikatakan sebagai perkembangan dan kemajuan serta cara mencari kehidupan.Kerjaya yang memenuhi minat lepasan pelajar amat penting kerana kerjaya yang diminati dan diperoleh jika setimpal dengan kelulusan,ia dapat member galakan dan sokongan kepada lepasan pelajar terutamanya pelajar STPM untuk lebih berdaya saing,proaktif,inovatif,dan berinisiatif tinggi dalam melakukan pekerjaan masing-masing.


2.3 KAJIAN LEPAS MENGENAI KERJAYA
             Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam kajiannya mendapati 4,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan untuk tempoh suku pertama tahun 2002.Ia juga menunjukkan sebanyak 94 peratus daripada 24,728 siswazah lepasan IPT di Negara ini telah mendaftar untuk mengikuti Skim Siswazah Menganggur (SSM) merupakan golongan Bumiputera sementara 3.7 peratus adalah kaum Cina dan 1.6 peratus kaum India.Daripada jumlah ini,siswazah jurusan sastera adalah tertinggi iaitu 31.1 peratus, diikuti siswazah ekonomi (11.3 peratus), perakuanan (9.2), pentadbiran perniagaan (8.8 peratus), dan pendidikan Islam (8.6peratus). Kajian ini juga menunjukkan punca utama ramai siswazah Bumiputera menganggur adalah disebabkan mereka memilih jurusan sastera ataupun kursus yang tidak diperlukan oleh pasaran kerja. Selain itu, kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan oleh keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang dan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah.
            Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 (RRJP3) yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan tenaga buruh yang mendapat pendidikan di peringkat tinggi meningkat daripada 8.8 peratus pada tahun 1990 kepada 14 peratus pada tahun 2000 dan dijangka meningkat kepada 35 peratus pada tahun 2010.Dari segi jantina,kadar penglibatan tenaga buruh lelaki lebih tinggi berbanding wanita.Pada tahun 1990, tenaga buruh lelaki adalah sebanyak 85.6 peratus  berbanding wanita iaitu 44.1 peratus.Pada tahun 2000,tenaga buruh lelaki sebanyak 85.4 peratus sementara tenaga buruh wanita sebanyak 44.5 peratus.Pada tahun 2010,tenaga buruh lelaki dijangka mencecah jumlah 86.4 peratus dan tenaga buruh wanita mencapai 49.0 peratus ( Mohd Yahya & Roseliza Murni 2002).
               Laporan RRJP3 yang dikeluarkan pada tahun 2001 menunjukkan kadar pengangguran pada tahun 2010 dijangka pada paras yang rendah iaitu 2.5 peratus. Kadar ini menunjukkan yang paling rendah berbanding sebelumnya.Sumber Jabatan Statistik menunjukkan sehingga Mac 2004,terdapat 66,300 siswazah yang menganggur iaitu 41,600 pemegang diploma dan 24,800 lulusan ijazah sarjana muda.Daripada jumlah itu,48,100 adalah Bumiputera,10,700 Cina,7,300 India dan 300 kaum lain.
                Satu kajian yang dijalankan oleh Rohani Jani (2001) untuk siswazah dn kesemua fakulti di UM, mendapati Fakulti Sastera & Sains Sosial (FSSS) dikaitkan dengan kadar pengangguran yang agak tinggi iaitu 30 peratus berbanding fakulti lain yang berteraskan sains dan teknologi.Sebanyak 49 peratus siswazah Sarjana Muda Sastera telah bekerja.Kajian ini mendapati 38 peratus bekerja di sektor swasta,26.3 peratus bekerja tetap manakala 14 peratus bekerja sementara.Kajian juga menunjukkan siswazah Jabatan Pengajian Media yang belum bekerja adalah 19.6 peratus,Geografi (15.1 peratus),dan Antropologi dan Sosiologi (11.0 peratus).
          Dalam satu kajian lain oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2000 menunjukkan 89.4 peratus di kalangan majikan menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan kemahiran dan prestasi para graduan diploma universiti itu.Kajian ini mendapati 81 peratus daripada majikan menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan graduan UiTM yang lulus di peringkat sarjana muda manakala 73.4 peratus mempunyai pandangan yang sama bagi lulusan di peringkat diploma.Kajian yang melibatkan graduan yang tamat pengajian di sepanjang tempoh 1990 hingga 1999 bertujuan untuk mengetahui kepuasan majikan serta mendapatkan maklum balas mereka mengenai mutu kerja graduan UiTM berbanding graduan IPT lain.
       Kajian Norhslina Hassan,Mohd Yahya dan Mardina (2005) menunjukkan 78.6 peratus siswazah FSSS ,UM telah mendapat pekerjaan selepas satu setengah tahun menamatkan pengajian masing-masing.Daripada jumlah itu,mereka yang bekerja tetap berjumlah 51 peratus,kontrak (9 peratus),sementara(14 peratus), sandaran (15 peratus),sangkutan (6 peratus) dan sambilan (5 peratus).Dari segi pengangguran,siswazah yang masih belum bekerja majoriti adalah Melayu iaitu 60.1 peratus,manakala Cina hanya berjumlah 24.2 peratus,diikuti India (13.1 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).
                Maklumat Kementerian Sumber Manusia (2002) menunjukkan sebahagian besar daripada 14,284 orang iaitu kira-kira 8,000 siswazah menganggur dan lebih 6,000 pekerja yang diberhentikan kerja berikutan kegawatan ekonomi telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat menjalani program latihan semula yang dianjurkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).Kesemua mereka telah menjalani latihan di PSMB mulai November 2001 dan latihan itu memberi penekanan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi serta bertujuan melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi,terlatih dan berpengalaman.Dari bulan November 2001 hingga Jun 2002,sebanyak RM106 juta telah diluluskan oleh pihak Kementerian untuk membiayai latihan pelatih-pelatih  tersebut .
              Tony Kryger (1999) yang melakukan kajian di Australia bertajuk “ The Risk of Unemployment” mendapati adalah menjadi kebiasaan remaja yang kurang berpendidikan, yang tinggal di pendalaman,kemahira bahasa Inggeris yang terhad serta yang lahir di Negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris dengan meluas secara relatifnya  mempunyai kadar pengangguran yang tinggi.Mereka yang berasal dari Australia dan dari negara berbahasa Inggeris mempunyai kadar pengangguran yang lebih rendah iaitu 7.9 peratus dan 7.4 peratus berbanding mereka yang tinggal dari negara yang bukan menggunakan bahasa Inggeris  .Dalam satu kajian oleh Institute of Employment Research, University of Warwick (1999) mendapati  bahawa selepas tiga setengah tahun memperoleh ijazah,hanya 2 peratus siswazah yang menganggur manakala 10 peratus memperoleh pekerjaan yang tidak memerlukan ijazah.Kajian ini melibatkan 11,000 siswazah daripada 33 buah institusi pengajian tinggi United Kingdom,iaitu tiga setengah tahun selepas menamatkan pengajian mereka pada tahun 1995.Kajian ini menunjukkan bagaimana transisi daripada pendidikan tinggi kepada pasaran pekerjaan berbeza-beza mengikut subjek,gender,umur,latar belakang,dan pencapaian ijazah masing-masing.
                Kajian ini juga mendapati mereka yang menganggur selepas enam bulan memperoleh ijazah akan menghadapi kesukaran pada masa hadapan.Dalam tempoh tiga setengah tahun mereka akan menganggur lebih daripada satu tahun dan memperoleh pendapatan yang rendah pada masa hadapan.Kajian juga menunjukkan selepas tiga tahun mendapat ijazah,90 peratus daripada mereka mendapat pekerjaan mengikut kelayakan mereka .
2.4 KESIMPULAN
          Dengan mengkaji semula beberapa faktor penentu  utama yang mempengaruhi kerjaya lepasan,adalah jelas bahawa terdapat faktor-faktor yang mrmberi kesan secara langsung dan ada juga faktor-faktor yang member kesan secara tidak langsung.Faktor-faktor ini termasuklah jantina,kaum,minat dan peluang yang diberikan kepada lepasan terutamanya lepasan STPM dalam menentukan masa hadapan dan kerjaya masing-masing.

BAB -3
METADOLOGI 
                                                                            BAB -3
METADOLOGI.

KAEDAH PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan kaedah dan prosedur penyelidikan yang dijalankan.
Terdapat sembilan perkara dibentangkan di bab 3 ini iaitu meliputi (a)
pendahuluan, (b) reka bentuk penyelidikan, (c) populasi dan persampelan, (d) lokasi penyelidikan dan batasan penyelidikan, (e) instrument penyelidikan, (f) prosedur pengumpulan data, (g) analisis data, (h) rumusan,

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan
Penyelidikan ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan melibatkan
penggunaan soal selidik untuk mendapatkan data. Menurut Mohd. Majid
Konting (1993) kaedah tersebut merupakan pendekatan yang bersifat logik,
saintifik dan khusus serta ukuran yang bersifat kuantitatif mudah diperolehi. Oleh kerana sikap terhadap pelaksanaan penyelidikan kerjaya para pelajar Tingkatan 6 mempunyai kaitan dengan tingkah laku, maka kaedah tersebut bertepatan. Tambahan pula penyelidikan ini bukanlah bertujuan membuat perbandingan atau mengkaji perkaitan atau mencari sebarang keberkesanan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat demografi dan menentukan sikap pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMKK terhadap penyelidikan kerjaya selepas menamatkan STPM. Penyelidikan ini dikendalikan dalam dua peringkat iaitu: (a) tinjauan awal, dan (b) penyelidikan sebenar.

3.2.1 Tinjauan Awal
Tinjauan awal dijalankan untuk mengumpul maklumat-maklumat asas tentang kerjaya para pelajar Tingkatan 6 selepas menamatkan STPM. Dapatan digunakan untuk mentadbir penyelidikan sebenar. Tinjauan awal juga dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang akan dihadapi untuk mentadbir penyelidikan sebenar dan membina soal selidik.


3.2.2 Penyelidikan Sebenar
Soal selidik diedarkan kepada responden secara terus pada bulan Febuari
2012. Penerangan yang lengkap diberikan kepada semua responden mengenai soal selidik tersebut. Semua responden juga dimaklumkan bahawa penglibatan mereka adalah secara sukarela dan semata-mata bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta tidak akan mendatangkan kesan terhadap diri mereka. Jawapan mereka akan dirahsiakan dan tidak
akan didedahkan secara individu tetapi dibentangkan dalam bentuk laporan.

3.3 Populasi dan Persampelan
Populasi penyelidikan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Seramai 44 orang pelajar Tingkatan 6 Atas dipilih secara rawak sebagai sampel. Semua soal selidik yang diedarkan diterima dan dibuat analisis.

3.4  Skop dan had Kajian  

Penyelidikan ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi tersebut dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para penyelidik dari segi kos dan logistik. Penyelidikan ini terbatas kepada aspek yang diselidiki dan berpandukan soal selidik yang disediakan. Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih sahaja. Namun, para penyelidik tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan sampel-sampel dalam member respons kepada pernyataan-pernyataan yang dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan.  

3.5 Instrumen Penyelidikan

Instrumen yang digunakan untuk penyelidikan ini ialah soal selidik. Instrumen ini dibina sendiri oleh para penyelidik berdasarkan contoh-contoh soal selidik yang pernah digunakan untuk mengkaji sikap. Pengubahsuaian terhadap contoh-contoh soal selidik dibuat agar ianya
menepati objektif penyelidikan.Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu (a) Bahagian 1: MaklumatDemografi dan (b) Bahagian 2: Faktor pendorong kerjaya para pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan STPM. Keseluruhan Bahagian 2 mengandungi 10 pernyataan yang merangkumi maklum balas terhadap faktor kerjaya para pelajar tingkatan 6 SMKK  iaitu faktor  ibu bapa & keluarga, peribadi pelajar dan minat pelajar. Secara terperinci, 5 pernyataan dikemukakan bagi faktor ibu bapa & keluarga, dan 5 pernyataan bagi faktor peribadi pelajar dan minat pelajar.
3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Satu kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk penyelidikan ini iaitu
(a)    soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis.

3.7 Analisis Data
Maklumat-maklumat mentah yang diperolehi melalui kaedah soal selidik dikumpul, dihitung dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2003. Maklumat untuk setiap faktor akan
diperolehi dan seterusnya digunakan bagi menghasilkan graf-graf untuk menentukan tahap
sikap responden terhadap penyelidikan kerjaya para pelajar Tingkatan 6 SMKK selepas menamatkan STPM. Maklumat daripada graf melalui data yang dianalisis adalah seperti berikut yang ditunjukan dalam jadual 3.1.

Jadual 3.1. Maklumat Data Faktor Kerjaya Para Pelajar Tingkatan 6 SMKK

Faktor Ibu Bapa & Keluarga

Soalan 1 : 10 (YA) Dan 34 (TIDAK)
Soalan 2 : 31 (YA) Dan 13 (TIDAK)
Soalan 3 : 36 (YA) Dan 8 (TIDAK)
Soalan 4 : 42 (YA) Dan 2 (TIDAK)
Soalan 5 : 44 (YA) Dan 0 (TIDAK)

Faktor Peribadi Pelajar & Minat Pelajar

Soalan 1 : 37 (YA) Dan 7 (TIDAK)
Soalan 2 : 18 (YA) Dan 26 (TIDAK)
Soalan 3 : 42 (YA) Dan 2 (TIDAK)
Soalan 4 : 40 (YA) Dan 4 (TIDAK)
Soalan 5 : 16 (YA) Dan 28 (TIDAK)



3.8 Rumusan
Bab ini telah menjelaskan tentang keseluruhan kaedah penyelidikan. Tujuh
perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan telah dibentangkan iaitu
reka bentuk penyelidikan, populasi dan persampelan, lokasi penyelidikan batasan penyelidikan, instrumen penyelidikan, prosedur pengumpulan data, dan analisis data. Penganalisaan data yang dibuat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2003 dan dapatannya dibentang dalam
 bab 4 berikutnya.

BAB 4
PENGANALISASIAN DATA 
&
KEPUTUSAN KAJIAN 
                                                      BAB -4
PENGANALISASIAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

       4.1 Pengenalan                          

           Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan responden terhadap kajian mengenai Kerjaya Para Pelajar Selepas Tamat Pengajian STPM. Maklum balas responden melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis.Secara amnya, hasil analisis dibentang dalam dua bahagian iaitu dapatan mengenai Latar belakang dan faktor terbesar yang menjadi pendorong kerjaya pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan STPM  yang dikaji iaitu ibu bapa dan keluarga, serta peribadi dan minat.

4.2 Latar Belakang Responden

      Responden penyelidikan ini terdiri daripada 44 orang pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Dapatan-dapatan  tentang latar belakang responden menunjukkan 30% responden adalah pelajar lelaki dan 70% adalah pelajar perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada pelajar aliran kemanusiaan, berbagai bangsa yang sedang menduduki STPM.

KEPUTUSAN KAJIAN

4.3 Analisis Statistik

Analisis statistik dibuat untuk menentukan tahap faktor. Analisis adalah berdasarkan respons yang diberi .Mengikut faktor yang telah diberi iaitu ibu bapa dan keluarga serta peribadi dan minat.Analisis statistik kajian ditunjukkan dalam jadual dan graf dibawah 
                                         DATA KESELURUHAN MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN A : IBU BAPA DAN KELUARGA
JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN
YA
62
101
TIDAK
18
39
JUMLAH
80
140




DATA KESELURUHAN MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN
YA
59
94
TIDAK
21
46
JUMLAH
80
140


PERBEZAAN DATA MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN A : IBU BAPA DAN KELUARGA
LELAKI

    No. soalan
1
2
3
4
5
JUMLAH
YA
5
14
11
16
16
62
TIDAK
11
2
5
0
0
18

JUMLAH BESAR       80                      

BAHAGIAN A : IBU BAPA DAN KELUARGA
PEREMPUAN

    No. soalan
1
2
3
4
5
JUMLAH
YA
5
17
25
26
28
101
TIDAK
23
11
3
2
0
39

JUMLAH BESAR       140                    

PERBEZAAN DATA MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
LELAKI

    No. soalan
1
2
3
4
5
JUMLAH
YA
13
8
16
15
7
59
TIDAK
3
8
0
1
9
21

JUMLAH BESAR       80                

BAHAGIAN B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
PEREMPUAN

    No. soalan
1
2
3
4
5
JUMLAH
YA
24
10
26
25
9
94
TIDAK
4
18
2
3
19
46

JUMLAH BESAR      140               


BAHAGIAN A: PELAJAR LELAKI


BAHAGIAN A: PELAJAR PEREMPUAN

BAHAGIAN B ; PELAJAR LELAKI

BAHAGIAN B: PELAJAR PEREMPUAN




4.4 RUMUSAN

 Bab 4 ini telah mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan responden. Semua dapatan yang dikumpul secara kuantitatif yang berkaitan dengan persoalan penyelidikan telah dikemukakan.Seterusnya rumusan keseluruhan kajian  akan dibincangkan selanjutnya dalam bab 5.



PERBINCANGAN
DAN
CADANGAN 

BAB 5
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 PENDAHULUAN

     Bab ini akan membincangkan ,merumus keseluruhan data dan juga maklumat  yang telah dianalisis dan dikaji di dalam bab 4 .Beberapa rumusan dan kesimpulan turut dikemukan .Tambahan lagi dalam kajian ini turut dibentangkan ialah implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk meningkatkan mutu penyedilikan pada masa depan .


5.2 PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN

                      Analisis dapatan  penyelidikan bertujuan untuk menentukan sejauhmanakah kerjaya mengpengaruhi  jantina para pelajar SMK Kamunting , terhadap perlaksanan kerjaya pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan pengajian di STPM melalui dua faktor iaitu ibu bapa dan peribadi dan minat diri . Graf telah digunakan sebagai skor untuk menentukan tahap kerjaya pelajar berdasarkan  jumlah keputusan yang telah dibuat .Berdasarkan analisis yang dibuat  ,dapatlah dirumuskan bahawa didapati pelajar perempuan tingkatan 6 lebih mengpengaruhi aspek ibu bapa dan peribadi & minat diri dalam menentukan kerjaya mereka selepas menamatkan pelajaran di peringkat STPM.Ini jelas dibuktikan melalui jumlah pelajar perempuan dalam kedua -dua aspek yang menunjukkan jumlah yang tinggi berbanding dengan pelajar lelaki

               Berdasarkan rumusan -rumusan tersebut ,secara amnya didapati bahawa penyelidikan yang dilakukan ini telah berupaya memberi gambaran tentang kerjaya para pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan pengajiannya di peringkat STPM .Oleh yang demikian , para penyelidik berpendapat bahawa penyelidikan ini telah berhasil memenuhi tujuan penyelidikan yang dijalankan






5.3  IMPLIKASI PENYELIDIKAN

Secara amnya ,apa yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap penyelidikan terhadap kerjaya para pelajar pada masa hadapan khusus dalam tingkatan 6 selepas menamatkan pengajiannya iaitu STPM. Jumlah yang tinggi ditunjukkan oleh pelajar perempuan tidak bermakna tidak wujud halangan terhadap perlaksanaannya dan jumlah yang rendah tidak bermakna pelajar lelaki tidak mengambil serius mengenai kerjaya mereka ini tetapi sebaliknya  dimana keadaan yang memaksa mereka dalam pembuatan kerjaya mereka .Oleh itu para pelajar tingkatan 6 haruslah didorong dan digalakkan untuk menjadikan kerjaya yang ingin dicapai sebagai matlamat utama .Justeru pendedahan yang lebih luas harus dilakukan iaitu melalui kursus ,bengkel atau seminar .



5.4 CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN

Penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan lagi .Untuk tujuan tersebut ,beberapa cadangan telah dikemukan untuk membantu meningkatkan mutu serta keunggulan penyelidikan yang akan datang .Berikut merupakan cadangan-cadangan tersebut :
                                i. Bilangan responden  ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan supaya dapatan
penyelidikan mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta signifikannya .

ii Penyelidikan ini juga sepatutnya dijalankan ke atas para pelajar tingkatan 6 di     sekolah lain yang mempunyai aliran yang berbeza seperti aliran sains mahupun aliran agama (STAM) agar gambaran yang lebih menyeluruh dapat diperolehi .

iii Selain itu juga analisa statistik yang lebih teperinci dengan menggunakan perisian khusus seperti perisian Statistical Package For The Science Sosial atau lebih dikenali sebagai SSPS haruslah digunakan agar kewibawaan dapatan penyelidikan dapat ditingkatkan lagi.


5.5 RUMUSAN

     Kerjaya para pelajar tingkatan 6 selepas tamat pengajian adalah sangat penting untuk memastikan masa hadapan para pelajar terjamin sekaligus dapat melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar -pelajar yang melanjutkan pelajarannya di peringkat antarabangsa . Dalam perkembangan berkaitan ,para pelajar haruslah menentukan masa hadapan mereka supaya mereka masa depan mereka terjamin disamping memperolehi matlamat yang jelas dalam memilih kerjaya yang sepatutunya  .Tambahan lagi sikap pelajar yang positif atau negatif terhadap pelajaran  menjadi penentu keberkesanan dalam memilih kerjaya pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan pengajiannya di peringkat STPM.Walaupun tidak menyeluruh ,hasil daripada penyelidikan ini sekurang -kurangnya dapat memberi gambaran awal untuk memberi pendedahan awal terhadap kerjaya para pelajar tingakatan 6 selepas tamat pengajian di sekolah .Hasil analisa dapatan penyelidikan ini juga boleh digunakan oleh pihak -pihak tertentu untuk membuat perancangan yang lebih komprehensif agar penyelidikan dapat dipertingkatkan dengan
jayanya

LAMPIRAN 
                                          INSTRUMEN PENYELIDIKAN
SOAL SELIDIK MENGENAI KERJAYA PARA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting,
34600 Kamunting,
Perak Darul Ridzuan. 
Saudara/Saudari,
Soal Selidik Mengenai Kerjaya Pelajar Tingkatan 6 Selepas Menamatkan STPM.
Terlebih dahulu saya ingin merakam kan jutaan terima kasih kepada pihak saudara/saudari yang sudi meluangkan masa dan menjadi responden dalam menyiapkan penyelidikan ini. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengetahui faktor yang utama dalam mendorong para pelajar tingkatan 6 memilih kerjaya selepas menamatkan STPM.
2) Kejayaan penyelidikan bergantung kepada ketepatan maklumat yang diberikan oleh saudara/saudari. Oleh yang demikian kerjasama dari pihak saudara/saudari untuk memberi respon yang ikhlas dan jujur amat diharapkan. Semua maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk akademik semata mata.
Kerjasama saudara/saudari amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Yang Benar,
MUHAMMAD AZHAM BIN NOOR AZMI (930509-08-5619)
AFY MUHAIMIN BIN ROSELAN (930916-07-5813)
NORSOBAH BINTI SHUIB (930824-08-6478)
NUR FAATIHAH BINTI ABDUL RAHIM (930715-08-6364)
NUR INSYIRAH BINTI JAAFAR (930703-12-6314)

SOAL SELIDIK MENGENAI KERJAYA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS STPM
BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT DEMOGRAFI
Sila respon kepada semua item dengan menanda pada kurungan yang berkaitan.
1)      Umur :
2)      Jantina :      Lelaki (    )          Perempuan (   )
3)      Bangsa :      Melayu (    )          India (    )          Cina (    )          Lain-lain (    )
4)      Tempat tinggal :      Bandar (    )          Luar bandar (    )
5)      Adakah anda sedang menuntut di tingkatan 6?
Ya (    )          Tidak(    )
BAHAGIAN 2 : FAKTOR PENDORONG KERJAYA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM.
Soal selidik ini mengandungi dua bahagian yang mewakili dua factor pendorong yang berbeza iaitu ibu bapa dan keluarga serta peribadi dan minat. Selepas membaca semua penyataan, sila tandakan jawapan pada ruangan yang disediakan.
FAKTOR YANG MENENTUKAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM
IBU BAPA DAN KELUARGA
1)               Adakah ibu bapa dan keluarga anda yang menentukan kerjaya anda selepas STPM
          YA(    )          TIDAK(    )
2)             Adakah anda memilih kerjaya ini kerana terpikat dengan corak kehidupan ahli keluarga yang berjaya dalam bidang tersebut?
YA(    )          TIDAK(    )
3)             Adakah anda memilih kerjaya anda kerana ingin menambah variasi kerjaya dalam keluarga?
YA(    )          TIDAK(    )
4)             Adakah anda memilih kerjaya kerana kesedaran anda untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan?
YA(     )             TIDAK (   )
5)             Adakah kerjaya yang anda pilih menjamin masa depan anda dan keluarga?
YA(    )          TIDAK(    )

PERIBADI DAN MINAT DIRI
1)            Adakah kursus yang di tawarkan menepati minat anda dengan kerjaya tersebut?
YA(    )          TIDAK(    )                                     
2)             Adakah kerjaya yang dipilih kerana kejayaan keluarga dalam bidang sesebuah kerjaya telah melahirkan minat anda untuk menceburi kerjaya yang sama?
YA(    )          TIDAK(    )
3)             Adakah kerana anda ingin membuktikan bahawa lulusan STPM juga akan mendapat kerjaya yang standing dengan lepasan IPTA dan IPTS?
YA(    )          TIDAK(    )
4)             Adakah kerana minat anda terhadap sesebuah kursus menjadi pendorong utama kearah kerjaya tersebut?
YA(    )          TIDAK(    )
5)             Adakah anda memilih kerjaya anda kerana rasa tanggungjawab anda kepada diri anda sendiri sahaja?
YA(    )          TIDAK(    )

bIBiLioGrAfI
            BIBILIOGRAFI
1)  Maksud kerjaya
Kamus Dewan Edisi Ketiga - Edisi ketiga Cetakan ke -7  2002
Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kuala Lumpur 2002 (m/s 656)

2)  Kerjaya dan Pelajar 
Kamus Zaman ( Siti Nordinar Ismail dan Muhd Mansur Abdullah ,Ba Hons )
Cetakan semula 2007 m/s 292

3)  Remaja dan kerjaya serta pendidikan
Tony Kryger (1999) yang melakukan kajian di Australia bertajuk “ The Risk of
Unemployment

4)   Peratus siswazah -kajian oleh Institue of Employment Research ,University Of   Warwick

5)  Kerjaya dan pelajar

6)  Graduan diminta tingkatkan kemahiran untuk mencapai kejaya yang diingini
(Berita Harian 7 ogos .2002 )

7)  Malaysia .1991
Rangka Rancangan Jangka Panjang  ke -2(RRJP2) (1991-2000) ,Kuala Lumpur ,Jabatan Pencetakan Negara

8)  Malaysia .2001 Rangka Jangka Panjang Ke- 3 (RRJP3)  (2001-2010) Kuala Lumpur , Pencetakan Nasional


9)   Kadar penganguran di IPTA:
Kajian yang dijalankan oleh Rohani Jani pada tahun 2001 di Universiti Teknologi Mara (UITM).

Kajian yang dijalankan oleh Nor Hslina Hassan , Mohd yahya ,Mardina pada tahun 2005,

10)    Mohd Yahya Mohamed Ariffin dan Roseliza murni Abdul Rahman ,2002,
  Melangkah ke dunia pekerjaan
  Kuala Lumpur ,
  Utusan Publications and Distributions
                     
11)    94%  Pengangur IPT Melayu - PM-S Mei
                Mingguan Malaysia .2002 .

12)   Graduan diminta tingkat kemahiran
  Berita Harian .7 ogos 2002

13)   Kelulusan antara punca sukkar mendapat kerja
 Berita Harian 17 September 2004

14)    News straits Times .2002-14 julai
  Graduates with the edge .

15)      Apakah itu Kerjaya

16)   Kerjaya dan masa depan