Sunday 10 June 2012

YDPA , YDP & SULTAN


Yang DI PERTUAN AGONG
·         YDPA adalah ketua negara Malaysia.
·         YDPA pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
·         YDPA mengurus negara dengan berpandukan bidangkuasa yang diberikan oleh undang-undang dan Perlembagaan.
·         YDPA merupakan symbol perpaduan dan keadilan undang-undang.
·         Jawatan YDPA adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara undian/giliran.
·         YDPA yang dilantik akan mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen sumpah jawatan.
·         Raja yang dipilih menjadi YDPA oleh MRR akan diisytiharkan di Dewan Parlimen oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja.
·         YDPA dipilih oleh 9 raja Melayu.
·         YDP bagi P. Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh dipilih menjadi YDPA.
·         YDPA memerintah selama 5 tahun

GILIRAN MENJADI YDPA DIBATALKAN
·         Tidak cukup umur.
·         Tidak mahu.
·         Tidak waras.
·         Uzur.

KUASA DAN TUGAS YDPA
Melantik:
·         Senator untuk Dewan Negara (seorang senator bagi Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, 2orang senator bagi Kuala Lumpur, dan 40 orang senator bagi seluruh Malaysia) atas nasihat Perdana Menteri.
·         Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara yang dipilih oleh dewan masing-masing.
·         Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara, dan Ketua Pentadbir Parlimen atas nasihat Perdana Menteri.
·         Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Negara atas nasihat Perdana Menteri.
·         Ketua Audit Negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan MRR.
·         Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinngi atas nasihat PM selepas berunding dengan MRR.
·         Hakim Mahkamah Sesyen atas nasihat Hakim Besar.
·         PM, Menteri-menteri, dan Timbalan Menteri.
·         Yang di-Pertan Negeri atas nasihat PM selepas berunding dengan Ketua-ketua Menteri berkenaan.
·         Pengerusi dan anggota-anggota suruhanjaya atas nasihat PM selepas berunding dengan MRR.

Kuasa Pengampunan
Ø  Boleh mengampun orang yang disabitkan kesalahan dengan kesalahan yang di bicarakan di:
·  Mahkamah Syariah (bagi negeri baginda, negeri-negeri yang tidak beraja, dan Wilayah-wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya)
·  Mahkamah Tentera.
·  Mahkamh awam di Wilayah-wilayah Persekutuan KL, Labuan, dan Putrajaya.

v  YDPA memperkenankan rang undang-undang/pindaan undang-undang/pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam masa 30 hari supaya undang-undang tersebut dapat berkuat kuasa apabila diwartakan menjadi warta kerajaan.
v  YDPA memberikan Titah Ucapan Diraja dalam parlimen untuk merasmikan persidangan pertama setiap penggal persidangan Parlimen.
v  YDPA boleh mengisytiharkan Undang-undang Darurat atas nasihat PM.
v  YDPA menganugerahkan gelaran dan pingat kebesaran.
v  YDPA bertanggungjawab untuk memelihara hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
v  YDPA bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan sah kaum-kaum di Malaysia.

Kuasa Budi Bicara YDPA
·         Melantik PM.
·         Boleh tidak menyetujui atau menolak permintaan PM untuk membubarkan Parlimen.
·         Boleh membuat permintaan supaya suatu mesyuarat MRR diadakan semata-mata untuk membincangkan hal yang berkaitan dengan keistimewaan kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja dan mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat itu.

Sekatan Terhadap Kuasa YDPA.
·         Tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri baginda kecuali
Ø  Sebagai ketua agama Islam.
Ø  Meminda perlembagaan negeri.
Ø  Melantik seorang Pemangku Raja.
·  Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai saraan.
·  Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif apa-apa syarikat perniagaan atau parti politik.
·  Tidak boleh menerima apa-apa jenis pendapatan yang kena dibayar kepada baginda sebagai raja negeri baginda.
·  Tidak boleh, tanpa persetujuan MRR, meninggalakn Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas sebab lawatan rasmi.
·  Boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja dalam kes sivil dan kes jenayah atas sifat peribadi baginda.
·  Tidak boleh mengampuni diri sendiri, permaisuri baginda, dan anak-anak baginda.
Peletakan Jawatan YDPA
·         Boleh meletak jawatan pada bila-bila masa.
·         Hendaklah mengutus surat peletakan jawatan yang ditandatangani oleh baginda kepada MRR.
·         Tidak perlu diberitahu kepada Parlimen kerana tidak perlu mendapat persetujuan Parlimen.
Pemecatan YDPA
·         Hanya boleh dipecat jawatannya oleh MRR.
·         MRR boleh memecat baginda pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab.
·         Pemecatannya tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokonagn lima orang daripada Sembilan anggota MRR.








Ketua negeri
·  Sultan ialah Ketua Negeri bagi negari Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak, dan Kedah.
·  Raja ialan ketua negeri bagi Perlis.
·  Yang di-Pertan Besar ialah ketua negeri bagi Negeri Sembilan.
·  Yang di-Pertuan Negeri ialah ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak kerana negeri itu tidak beraja.
Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar
·  Dipilih melalui Perlembagaan Negeri atau berdasarkan perwarisan takhta kerajaan.
·  Saraan baginda ditanggung oleh Kumpulan Wang Negeri yang Disatukan.
·  Merupakan Ketua Agama Islam di negeri baginda.
·  Baginda ialah komponen badan perundangan negeri tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.
·  Baginda bertindak atas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri dalam memerintah negeri.
Kuasa Budi Bicara
·  Melantik Menteri Besar.
·  Tidak menyetujui permintaan untuk membubarkan Dewan Udangan Negeri.
·  Membuat permintaan supaya diadakan Mesyuarat MRR semata-mata membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja atu amalan, perbuatan, atau upacara agama Islam.
·  Apa-apa tugas sebagai Ketua Agama Islam atau tentang adat istiadat Melayu.
·  Melantik waris, permaisuri, Pemangku Raja, atau jemaah Pemangku Raja.
·  Menganugerahkan bintang-bintang kehormatan, pangkat, dan gelaran kemuliaan atau kebesaran kepada orang-orang yang berjasa.
·  Membuat peraturan-peraturan tentang balai-balai diraja dan istana.
Tugas-tugas
·  Baginda melantik Menteri Besar yang semestinya berbangsa Melayu dan beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majority kerusi Dewan Undangan Negeri.
·  Baginda melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ahli exco) atas nasihat Menteri Besar.
·  Baginda menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Negeri mengikut nasihat Majlis Agama Islam Negeri.
·  Baginda merasmikan persidangan pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberikan Titah Ucapan Diraja.
·  Baginda memanggil dan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri.
·  Baginda memperkenankan rang undang-undang, pindaan undang-undang, atau pindaan Perlembagaan Negeri yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dalam masa 30 hari.
·  Baginda melantik majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya.
·  Baginda melantik Mufti dan Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri.
·  Baginda melantik anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri atas nasihat Menteri Besar.
·  Baginda mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah syariah dan mahkamah awam di negeri baginda.
·  Baginda berkuasa untuk mengampuni anak raja dan permaisuri negeri lain.
Sekatan Terhadap Kuasa
·  Baginda tidak boleh mengampuni diri sendiri, permaisuri sendiri dan anak-anak sendiri.
·  Baginda boleh didakwa di Mahkamah Khas (Raja-raja) atas sifat peribadi dalam kes jenayah dan kes sivil.
1.     Untuk kes jenayah, apabila dakwaan di buat oleh Jabatan Peguam Negara, baginda perlu dari takhta kerajaan ketika perbicaraan berlangsung.
2.    Sekiranya baginda dijatuhi hukuman penjara sehari atau lebih, baginda mesti turun dari takhta kerajaan.
3.    Jika baginda disabitkan dengan kesalahan jenayah, baginda hanya boleh diampuni oleh MRR.
·  Baginda tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan.
·  Baginda tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam perniagaan dan politik.






Yang di-pertuan negeri
·         Di lantik oleh YDPA selepas berunding dengan Ketua Negeri.
·         Mestilah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang.
·         Tempoh jawatan YDPN ialah empat tahun tetapi beliau boleh dilantik semula.
·         Saran YDPN ditanggung oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan.
·         YDPN ialah komponen badan perundangan negeri tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.
·         Bertindak atas nasihat Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam memerintah negeri.
·  Boleh bertindak mengikut budi bicara beliau dalam menjalankan tugas-tugas berikut
Ø      Melantik Ketua Menteri.
Ø  Tidak menyetujui permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Ø  Menganugerahkan bintang-bintang kehormat, pangkat, dan gelaran mengutus kemuliaan atau kebesaran kepada rakyat yang berjasa.
·  Baginda boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatanganinya kepada YDPA.
·  YDPN boleh dipecat oleh YDPA setelah resolusi pemecatannya diluluskan oleh majority 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri.
Tugas-Tugas YDPN
·  Melantik Ketua Menteri yang tidak semestinya berbangsa Melayu dan beragama Islam mengikut keputusan pilihan raya Dewan Undangan negeri.
·  Melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat Ketua Menteri.
·  Merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri.
·  Menyetujui rang undang-undang, pindaan undang-undang, atau pindaan Perlembagaan Negeri yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan dalam masa 30hari.
·  Melantik majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya atau Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
·  Melantik Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri.
·  Mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah awam dinegeri beliau mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.
Sekatan Terhadap Kuasa YDPN
·  Tidak boleh mengundi dalam MRR.
·  Boleh didakwa di mahkamah awam atas sifat peribadi dan rasminya.
·  Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan.
·  Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam perniagaan dan politik.

No comments:

Post a Comment